Ahad, 16 Februari 2014

Sentosa Island, Singapore

Assalamualaikum,

Post kali ini saya nak berkongsi sebahagian gambar-gambar sepanjang saya berada di Singapore. Yang sempat saya pergi hanya ke Sentosa sahaja sebab masa x cukup untuk sehari nak pusing satu Singapore tu. Banyak masa dihabiskan untuk transportation (MRT dari stesen Kranji ke Harborfront mengambil masa lebih kurang sejam sebab banyak stesen). Gambar2 yang diambil menggunakan Nikon D3200 dengan lens AF-S Nikkor 50mm 1:1.8G, kit lens AF-S Nikkor 18-55mm 1:3.5-5.6G, Telephoto lens AF-S Nikkor 55-200mm 1:4-5.6G ED, Nikon Speedlight SB-700.


Stesen pertukaran, lebih kurang mcm stesen masjid jamek


Stesen Harbourfront, untuk ke Pulau Sentosa


Keadaan dalam MRT diorang. Memang luas, selesa untuk berdiri dan ramai orang boleh masuk



Stesen harborfront tu di bawah shopping complex ni. Dekat rooftop shopping complex ni ada taman yang luas dengan stesen sentosa express (ala2 mcm monorail utk ke Pulau Sentosa) dan cable car yang boleh pergi ke Pulau Sentosa


Yang ni nama salah satu wayang diorang. Mungkin ada banyak lagi wayang diorang mcm kita ada GSC, TGV, MBO




Siapa yang rajin jalan kaki tu boleh lah exercise jalan kat sini untuk ke pulau tu, jarak lebih kurang 700 meter. Tak terasa pun kalau berjalan sini sebab view dia menarik


Nak masuk pulau ni kena ada bayaran dia sebanyak S$1 je. Bayaran tu untuk masuk sahaja, nak main2 dalam ni mcm Universal Studio ke kenelah bayar tiket dia pulak



Yang ni ada bersebelahan Universal Studio tu je. Macam2 ada dalam ni mcm food court


Yang ni memang ramai yang sampai sini mesti takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan globe ni. Berhadapan entrance USS




Gambar ni diambil dari kaunter masuk. Tak dapat nak masuk sebab xde tiket...huhu



keadaan dalam Malaysian Food Street. Nice concept!



Yang ni escalator dekat Sentosa Boardwalk tu. Bagi sesiapa yang malas jalan boleh lah guna benda ni


Nampak cable car merentasi lautan untuk ke Sentosa Island





Stesen untuk kembali pulang ke Malaysia

Gambar2 diatas di edit menggunakan Adobe Photoshop CS6. Terima Kasih sudi meluangkan masa membaca.

Assalamualaikum



Tiada ulasan:

Catat Ulasan