Jumaat, 7 Februari 2014

"First Job"

Bila sebut sahaja pasal first job mesti kita akan rasa nervous sedikit. Lebih-lebih lagi kalau job tu kita kendalikan seorang diri sahaja. Bila lihat balik kepada hasil kerja pertama, semestinya kita akan berasa kurang berpuas hati. Tapi x mengapa, daripada situ banyak yang kita boleh pelajari dan perbaiki pada kerja kita yang akan datang.

Post kali ini saya nak berkongsi cerita berkenaan first job yang saya terima. Dalam bulan disember tahun 2013 x sampai sebulan selepas saya iklankan perkhidmatan jurugambar saya, saya dapat panggilan untuk kerja jurugambar. Masa dapat panggilan tu x payah nak ceritalah macam mana punya gembiranya hati ni. Mane lah x gembira bila iklan yang disiar membuahkan hasil...hati berasa sangat bersyukur. Tanpa berfikir lama sangat saya pun terima sahaja offer tersebut. Offer tu datang dari sebuah production, dia ajak saya join dia untuk jadi free lance. Walaupun tawaran yang diberikan tu x berapa lumayan tapi saya terima sahaja sebab hati dah terlalu gembira dan teruja sangat sebab nak menimba pengalaman baru ni.

Sehari sebelum kerja tersebut saya standby beli battery spare satu untuk body manakala untuk speedlite saya beli bateri energizer saja untuk backup. Malam sebelum kerja tu memang sangat penting untuk kita periksa barang2 kelengkapan serta pastikan bateri charge penuh. Kalau x memang masak la keesokannya. Kepuasan pelanggan tu kita memang kena utamakan.

Untuk first job saya ini, saya amat berterima kasih kepada Mr. Chuffy Production sebab bagi peluang kepada saya serta menaruh kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai jurugambar. Keletihan menjadi jurugambar ni memang sangat menguji fizikal lebih2 lagi untuk first job saya pagi adalah majlis nikah dan tengah hari adalah majlis persandingan. Memang badan terasa sakit2 juga lah. Nasihat saya untuk siapa2 yang baru nak cuba2 tu sebelum nak jalankan tugas tu pastikan stretching terlebih dahulu untuk elakkan sengal badan...huhuhu. Alhamdulillah hasil yang saya dapat memuaskan hati saya dan juga Mr. Chuffy.

Memang x dinafikan bagi sesiapa yang baru berkecimpung serta tiada pengalaman dalam dunia fotografi akan terjadi beberapa kesilapan. Tetapi dari kesilapan tersebut lah macam2 pengajaran yang boleh kita ambil untuk perbaiki kesilapan dan kelemahan diri kita ini. Disini saya nak kongsi beberapa keping gambar hasil dari kerja pertama saya

















Beberapa contoh hasil gambar first job saya tanpa edit. Banyak kelemahan yang dapat dilihat disitu. Banyak yang perlu diperbaiki. Kesimpulannya, selagi kita masih mempunyai kemampuan untuk belajar sama ada dari segi kewangan, fizikal dan juga mental, janganlah kita sia-siakan peluang tersebut untuk mempelajari apa yang masih kurang pada diri kita ini. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Segala teguran dan kritikan amat dialu-alukan. Terima kasih

Assalamualaikum....Barakallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan