Entri kali ini saya nak memperkenalkan Pakej Bajet untuk jurugambar perkahwinan. Pakej yang disediakan oleh saya ini meliputi perkhidmatan di sekitar Lembah Klang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej daripada LuqNice Photography ini boleh lah melawat official fb page Luq.Nice Photography atau boleh scan QR code di bawah ni
Blog berkisahkan kehidupan seorang lelaki yang ingin berkongsi pengalaman fotografi melalui gambar-gambar yang dirakam serta cerita yang mengandungi seribu makna disebalik gambar tersebut.
Khamis, 27 Februari 2014
Pakej Bajet Jurugambar Perkahwinan
Entri kali ini saya nak memperkenalkan Pakej Bajet untuk jurugambar perkahwinan. Pakej yang disediakan oleh saya ini meliputi perkhidmatan di sekitar Lembah Klang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej daripada LuqNice Photography ini boleh lah melawat official fb page Luq.Nice Photography atau boleh scan QR code di bawah ni
Ahad, 16 Februari 2014
Sentosa Island, Singapore
Post kali ini saya nak berkongsi sebahagian gambar-gambar sepanjang saya berada di Singapore. Yang sempat saya pergi hanya ke Sentosa sahaja sebab masa x cukup untuk sehari nak pusing satu Singapore tu. Banyak masa dihabiskan untuk transportation (MRT dari stesen Kranji ke Harborfront mengambil masa lebih kurang sejam sebab banyak stesen). Gambar2 yang diambil menggunakan Nikon D3200 dengan lens AF-S Nikkor 50mm 1:1.8G, kit lens AF-S Nikkor 18-55mm 1:3.5-5.6G, Telephoto lens AF-S Nikkor 55-200mm 1:4-5.6G ED, Nikon Speedlight SB-700.
Jumaat, 7 Februari 2014
"First Job"
Post kali ini saya nak berkongsi cerita berkenaan first job yang saya terima. Dalam bulan disember tahun 2013 x sampai sebulan selepas saya iklankan perkhidmatan jurugambar saya, saya dapat panggilan untuk kerja jurugambar. Masa dapat panggilan tu x payah nak ceritalah macam mana punya gembiranya hati ni. Mane lah x gembira bila iklan yang disiar membuahkan hasil...hati berasa sangat bersyukur. Tanpa berfikir lama sangat saya pun terima sahaja offer tersebut. Offer tu datang dari sebuah production, dia ajak saya join dia untuk jadi free lance. Walaupun tawaran yang diberikan tu x berapa lumayan tapi saya terima sahaja sebab hati dah terlalu gembira dan teruja sangat sebab nak menimba pengalaman baru ni.
Sehari sebelum kerja tersebut saya standby beli battery spare satu untuk body manakala untuk speedlite saya beli bateri energizer saja untuk backup. Malam sebelum kerja tu memang sangat penting untuk kita periksa barang2 kelengkapan serta pastikan bateri charge penuh. Kalau x memang masak la keesokannya. Kepuasan pelanggan tu kita memang kena utamakan.
Untuk first job saya ini, saya amat berterima kasih kepada Mr. Chuffy Production sebab bagi peluang kepada saya serta menaruh kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai jurugambar. Keletihan menjadi jurugambar ni memang sangat menguji fizikal lebih2 lagi untuk first job saya pagi adalah majlis nikah dan tengah hari adalah majlis persandingan. Memang badan terasa sakit2 juga lah. Nasihat saya untuk siapa2 yang baru nak cuba2 tu sebelum nak jalankan tugas tu pastikan stretching terlebih dahulu untuk elakkan sengal badan...huhuhu. Alhamdulillah hasil yang saya dapat memuaskan hati saya dan juga Mr. Chuffy.
Memang x dinafikan bagi sesiapa yang baru berkecimpung serta tiada pengalaman dalam dunia fotografi akan terjadi beberapa kesilapan. Tetapi dari kesilapan tersebut lah macam2 pengajaran yang boleh kita ambil untuk perbaiki kesilapan dan kelemahan diri kita ini. Disini saya nak kongsi beberapa keping gambar hasil dari kerja pertama saya
Beberapa contoh hasil gambar first job saya tanpa edit. Banyak kelemahan yang dapat dilihat disitu. Banyak yang perlu diperbaiki. Kesimpulannya, selagi kita masih mempunyai kemampuan untuk belajar sama ada dari segi kewangan, fizikal dan juga mental, janganlah kita sia-siakan peluang tersebut untuk mempelajari apa yang masih kurang pada diri kita ini. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Segala teguran dan kritikan amat dialu-alukan. Terima kasih
Assalamualaikum....Barakallah
Khamis, 6 Februari 2014
Salam perkenalan
Assalamualaikum...salam perkenalan dari saya kepada anda semua. Terima kasih kepada pembaca2 yang sudi untuk meluangkan masa melawat blog saya yang x seberapa ini. InsyaAllah saya akan cuba untuk jadikan blog saya ini tempat yang menarik serta penuh dengan informasi2 yang berguna
Banyak yang perlu saya belajar lagi didalam dunia blog ini kalau saya ingin terus maju dan kekal didalamnya. Tujuan utama saya develop blog ini adalah untuk berkongsi gambar2 menarik serta cerita di sebalik gambar yang cuba saya tunjukkan disamping sebagai platform untuk bisnes online kecil-kecilan saya sebagai jurugambar majlis.
Tujuan blog ini bukanlah untuk mengajar bagaimana menjadi seorang fotografer profesional...saya tiada kelayakan pun untuk mengajar orang. Sekadar berkongsi gambar dan cerita sajalah yang boleh saya tunjukkan. Tapi kalau rezeki ada dan juga ilmu yang cukup saya akan cuba untuk memberi tunjuk ajar serta membantu sekadar yang termampu berkenaan fotografi.
Sebagai intro, saya xnak untuk berpanjang lebar...cukuplah sekadar pengenalan dan tujuan blog ini...InsyaAllah saya akan teruskan lagi penulisan saya ini. Saya akan cuba perbaiki dan jadikan lagi menarik dan berinformasi...saya berharap semua pembaca2 x berasa bosan walaupun agak bosan tulisan saya ini...
Terima kasih semua...Assalamualaikum
Barakallah
























